Friday, June 28, 2013

cinta akan membawa kau kembali

aku tidak khuatir akan suatu kehilangan
aku tidak risau akan jangkau masa yang diambil
aku tidak akan meresahkn diriku akan ketiadaan ini

namun,

aku menjadi takut akan hilang cintamu
aku menjadi gunala akan ketiadaan rasa cintamu
aku menjadi buntu akan hilang cintamu
walau hanya seketika namun masih akan aku merasa

datanglah sayang bersama cintamu
mencait-cait semua keadaan yang merumitkn ini
acapakali sahaja aku memikirkan
aku tidak akan menyesal cuma aku sedih sahaja

cintamu
menjulang sebuah perisian rasa
membuatkn lena menjadi empuk
harian menjadi senyuman

kau boleh pergi
sejauh mana kau inginkn
kau boleh jadi
apa sahaja yang kau inginkn

tetapi

bila tiba waktu itu
akan aku bertanyakn kembali
padamu cinta yang terdahulu
itu yang aku risaukn
adakah masih ada seperti dahulu
ataupun sudah berubah
adakah masih ada untuk aku
ataupun sudah tiada

aku yakinkan diriku bahawa
cinta akan membawa kau kembali
 

No comments:

Post a Comment