Friday, March 25, 2011

bukan milik walaupun ha

kita dirasuah dengan kemewahan masa yang ada untuk kelekaan masa hadapan
aku khuatir semua ini menodakan sehinggakan aku tidak sedar
perlakuaannya tidak bermotifkan apa-apa tetapi cukup untuk menyesalkan
aku,
pernah terjebak dalam kancah kehancuran yang tidak aku sedari
keseronokkan yang aku nikmati itulah kegembiraan
namun kehampaan itu jualah mengertikan tentang kesedihan
aku tidak melarang kamu sekalian untuk menikmati apa yang ada
tetapi berpadalah pada tempat
kau memegahkan sesuatu yang bukan milik kau walaupun itu hak kau
sedarlah wahai kau,

Thursday, March 3, 2011

lupakan batuk yang ditangga

hentikan sebelum terlambat
segala noda keluhan perasaaan yang mencengkam jiwa
meraih siapa yang mendengar,siapakah?
tidak serikkah semua itu adalah perkara yang sia-sia
setakat melepaskan batuk di tangan
oh manusia yang penuh dengan impian
berhentilah dari menidakkan keadaan itu
kerana esok sudah pasti akan sama seperti hari ini
melainkan kau menjunjung semua harapan
memartabatkan doa setinggi langit
meluaskan usaha selembar lembaran langit
usah khuatir
yakinlah,
aku kau kamu dan kita tidak selemah yang difikirkan.
kekuatan ada dalam diri ini

Wednesday, March 2, 2011

jika kamu tanya biarlah pada soalan

jika mereka bertanyakan siapa betul siapa salah
aku akan jawab
"semua itu biarlah antara aku dan diriku sahaja tahu.tidak perlu ada apa-apa"

sudah jemu aku melayan kata membunga bahasa
pertanyaan berbaurkan persoalan itu
sudah akan aku menjangka
sulitnya kamu sebagai manusia yang seringkali ingin mengetahui
bukan kerana apa,
sebabnya ingin menjadikan pengajaran
tidak cukupkah kisah cinta yang ada di muka bumu ini
atau sekadar kamu ingin tahu baik buruk setiap manusia melalui cerita antara kisah

coretan rintihan kata bukanlah memberi makna apa-apa
sedangkan ianya boleh menjadi dusta tatkala itu cuma rekaan
oh insan
biarkan yang kamu tahu itu cukup memadai untuk pengetahuan
aku pernah bersama
aku jua dipisahkan