Sunday, June 12, 2011

kita berhenti di laluan ini

sejujurnya,
sejauhnya mana pun perasaan yang ada ini dibawa
seringkali terbawa pada rasa ingin bersama
seperti dahulu
sewaktu dulu
bagaikan hembusan bayu malam mulai menyempoi di balik rasa
perlulah aku ketahui bahawa malam ini tidak akan sama
seperti yang kita harapkan
semoga perjalanan kau akan terus jauh

kau bawalah semua yang kau harapkan bersama
yang dahulu kau singgahkan pada aku yang hina ini
jangan pernah kau menidakkan kerdipan bintang,
usah sekali kau meragui si bulan,
nescaya mereka lebih punyai haknya