Monday, November 15, 2010

jangan dan biarkanlah

jangan adik..
jangan abang..
jangan kakak
jangan saudara,

apa yang ditegahnya?

jangan sia-siakan semua rasa yang dianugerahkan,
kerana sungguh kau tidak pandai bersyukur

jangan hanya mengikut hati jika terlalu bersedih,
kerana kesedihan itu hanya seketika,bergembiralah..

janganlah mendustai hati,
kerana hati ini milik kau.jujurlah..

aku tahu dia tahu dan kau pun tahu
siapa yang punya hati pasti mengenalinya
maka,
senyumlah.
biar hati itu bergembira...

biarkanlah kawan,
biarkanlah sahabat,
biarkanlah kalian,
maka,
biarkanlah semua itu..

apabila semua itu kau merasa sudah tidak terdaya untuk dihadapi
maka biarkanlah yang mampu melaksanakan
teguhkan hati tatkala runsing mengait semuanya

percayalah kita adalah kita
aku adalah diriku
mereka tetap mereka
siapa peduli...