Sunday, December 2, 2012

Tunggu bila seru itu datang

aku datang dari sudut yang sukar untuk mendekatimu
lantaran aku menitik sendiri jejak yang aku kira ini sahaja jalannya
hari ini aku membawa sapu tangan hijau bersamaku tanpa aku tahu apa tujuan ini berlaku
sambil aku dengar lagu dewa 19 lagu cinta sambil itu aku mengelamunkan jiwaku dala arena
usah takut kerana tiada apa perlu kita takuti dalam dunia yang tidak kekal abadi
berani menghadapi hidup tidak seberani aku menghadapi semua ini
acapkali aku takut silap itu langkah tersadung dipertengahan jalan malu wei
tidak mengapa tiada ada satu kerugian untuk kita merasakan semua ini adalah rugi 

    aku ingat lagi dulu aku bawa sebuku kitab yang membuatkan aku merasa aku seorang yang lelaki yang ganjil
     pelik tapi siapa tahu kan,mereka tidak akan tahu jika aku tidak memberi tahu mereka maka aku berdiam darinya
     pen menjadi teman aku kalam menjadi kekasihku untuk aku tulis aku catitkan semua yang aku rasa aku boleh tulis
    aku pernah ditegur oleh manusia insan biasa hanya kerana aku asyik untuk menulis,kau tulis itu apa dan kenapa..soalannya apa dan kenapa?

usah keliru usah buntu...
jangan risau kawan-sahabat-teman,
ini aku tuliskan hanya untuk menghayunkan kepalaku yang terbuai-buai dengan bahasa yang aku ingin terjemahkan tidak terdaya entah apa kata lalu aku mencipta satu keadaan agar mereka lebih jelas bahawa idea itu datang semudah tidak kita sangka,tapi untuk memanggilnya tunggu bila seru datang..

Monday, October 1, 2012

aku yang memilih kamu

aku tidak lebih mengerti kerana apa aku memilih kamu
kerana itulah rahsia rasa dalam hati
sehinggakan jika mereka bertanyakan, aku jawab kerana cinta
ketika saat aku melamar kau sebagai kekasih hatiku
seakan aku kaki untuk memulakan bicara
terpendam satu ketakutan yang merubah hati menjadi pili
namun kau pun sudi, ayuh kita mencipta kebahagiaan.

hari kita lalui penuh dengan pengenalan
untuk lebih kita kenali kau dan aku
lantas memberi lebih keakraban yang indah
aku katakan dunia ini milik kita
aku lahirkan jutaan rasa yang tidak pernah putus untuk kau merasa
kau memberi kasih penuh denga sayang yang selama ini aku inginkan
ayuh kita bahagia

tidak semuanya indah seperti yang kita harapkan
dugaan datang mencuba dan menilai
bukan untukenghancurkan
sekadar menambah rasa dalam hubungan yang manis terlalu manis
akal fikiran dan mainan perasaan diuji
samaada waras ataupun tidak
dugaan itu datang untuk menyedarkan kita saat leka dalam singgahsana buaian kemanisan cinta
kita tabah kita lalui bersama sambil kita ucapan sayang maaf untuk menerima

namun.
bila waktu itu tiba,
aku sendiri tidak menyangkal langsung tidak menjangka
hanya kerana kata bukan perbuatan semuanya lesap sekelip mata
aku menjadi tidak keruan buntu runsing
aku jadi manusia waras tapi gila
kau tanpa sebab dan alasan pergi entah kenapa
bila aku utaran soalan kenapa,tidak masuk akal jawapanmu
aku membiarkan dan aku cuba meredhai
hakikatnya bukan mudah untuk aku menerima
akhirnya memakan diri
aku jatuh ke lembah binasa diri

hari ini aku terus tidak melihat kebelakang kerana matlamat aku hanyalah dihadapan
selamat tinggal bekas kekasihku
banyak perkara yang aku pelajari bila aku bersama denganmu
jika kau tanya aku hari ini tentang perasaan aku terhadapmu,
aku jawab, tiada apa-apa.

semoga capai apa yang kau inginkan seperti mana yang kau pernah katakan padaku suatu ketika dulu.

Tuesday, September 25, 2012

aku tidak mampu mengungkapkannya

hanya kerana aku cinta padamu
apa perlu aku katakan lagi
untuk aku persembahkan cintaku padamu
keadaaanku ini datang tanpa aku duga
satu keindahan untuk aku miliki
walau tidak selamanya biarlah sampai tiada yang mampu memutuskannya
kalau rindu jangan bicarakan
kerana aku takut nanti kau menangis
bersabarlah,
nanti kita bercerita tanpa ada halangan waktu

Monday, September 24, 2012

ingin luar daripada biasa

aku punya keinginan
aku milik idaman
aku bayangkan sesuatu
alangkah indahnya walau seketika
namun semoga dapat apa aku inginkan
sementara muda darah masih mengalir
sebelum tua rupanya pun tiada.

Sunday, September 23, 2012

semua akan baik sahaja

walau dugaan yang datang
tanpa diundang tanpa diminta
bersabarlah dan berusaha
usah menyusahkan diri
semua akan baik sahaja selepas kita laluinya
tidakpun ini dugaan untuk menduga

Saturday, September 22, 2012

cinta ini luar biasa

sentiasa senyum tidak bermakna selali bahagia.
susah senyum tidak bererti sombong buta
lihat pada wajah, bukab segalanya menceritakan cereteranya.
kenali diri itu mungkin lebih bermakna

Tuesday, March 20, 2012

Aku hidup menumpang dalam keluarga

 

 

Setakat untuk dapat makan umpama aku ini pengemis

Cukup ada tempat untuk aku tidur,seperti perantau

Siapa keluarga aku? Mereka? Kalian?

Ada ketika itu aku akan katakan tidak

Keberadaan aku umpama tiada makna bagi kamu

Aku akui aku seorang pengemis kasih daripada adik-adikku

Ingin aku meminta kasih dari seorang ibu,aku sudah hina dimatanya

Mencuba menagih dari ayah,aku tiada apa-apa..

Tapi dimata adikku,aku seorang abang

Layanan mereka membuatkan aku masih ada yang sayang

Aku juga manusia

Aku punya perasaan

Aku miliki jiwa

Jika aku robot,baik matikan aku buang kedalam tong sampah

Biar dikutip oleh si miskin yang tidak mempunyai apa-apa untuk hiburan

Atau lebih tepat kepada orang gila

 

Saturday, March 10, 2012

jika aku kata cinta tetap aku sayang

jika aku katakan cinta,tetap aku sayang
seindah puisi yang pernah aku tulis
itulah cetusan hati disebalik sanubari
jangan risau sayang
usah khuatir sayang
tiada apa yang mampu menduga keadaan ini
hanya jika kita dicuba,yakinlah kerana cinta

sayang tidak akan hilang jika kau masih cinta
cinta tidak akan pudar selagi kau masih sayang
kerana cinta itu adalah milik kita
sayang adalah penyatuan perasaan

apa perlu aku buktikan cinta aku
aku tujukan tanggungjawabku untukmu
apakah harus aku buktikan sayang aku
bacalah perihal tulisanku
pasti kau mengerti

sabarlah sayang,
kuatkan cinta,
kerana aku masih ada untukmu