Monday, January 18, 2010

jangan jangan jangan

perutusan rasa untuk penerimaan
hatta hati mula bersuara
maka rasa diam malunya
jangan jangan jangan
sesekali kau melalu berbahasa
pasti tinggal jejak kau yang melangkah
mindaku masih terbuku pada titk yang lama
hapuskan!
jauhkan!
ayuh!
katakan jangan pada kecewa..
laungkan tidak pada kesedihan..
untuk aku katakan,
hidup sangat indah~

Saturday, January 16, 2010

cantasan perasaan

usaikan semua ini
kerana esok pasti pulih
waktu ini merasa kedukaan
hiba atas kejadiaan
yakinlah,
esok tidak selamanya gelap
cahaya ada di sudut keyakinan
mungkin tidak hari ini

lantaran rasa melalu dendam
melepaskan perasaan meludah kata
cis!
tidak di ingin kembali pada pangkal
kerana merana cantasan perasaan

baiklah..
inilah hanya sementara
ini bukan yang sepatutnya
ya!
aku akan melupakan
pertinya rasa sakit dilepaskan
untuk mencari jalan liku dendam
kesudahannya nanti
kau yang merasa...

Wednesday, January 13, 2010

apa aku kisah

lontarkan rasa
hujungnya pasti tertanya insan
apa makna semua ini
sehinggakan perlu kau perjelaskan
tetapi kau tidak mahu menjelaskan
pertelingkahan terhenti
kau dengan ego kau...
aku dengan sedihku..

ah!
aku sudah tidak kisah..
aku sudah tidak peduli..
ku pendam kata ini selama ini
dengarlah bila hatiku bersuara
baru kau mengerti..

Wednesday, January 6, 2010

kala malam kian menyepi



aku labuhkan tirai malam
aku tinggalkan kisah hari ini
aku teruskan perjalanan sepi
tanpa sesiapa,
teman..
cinta.
aku membilang bintang di langit
aku tersenyum bulan memgembang
aku melambai angin menyapa
aku menangis awan berarak
jauh amat jauh
dekat sungguh dekat
rindu pada yang jauh
amat merana hati terikat

Erti sahabat

setiap detik yang berlalu adalah kenangan
di waktu kita gembira bersama
di kala kita berduka bersama
tiada waktu itu kita berpisah
ukiran senyuman sentiasa terpancar
tiada titisan air mata yang jatuh ke bumi
duduk dan berdiri kita serentak
jalan seiringan dalam kumpulan
apabila sedih melanda
kita kongsi
itulah namanya sahabat
yang kukuh menjafdi teman
hargailah dia selama masih ada bersama
jangan menyesal dalam gembira

Tuesday, January 5, 2010

Berlalunya waktu itu

waktu itu telah berlalu
meninggalkan seribu kenangan lalu
aku mahukan ia kembali
inginku putar waktu itu
untuk mengubah segalanya
namun,
ia terlalu jauh
ia tidak akan kembali
walau di tangisi
mahupun dirayu
ia tetap pergi
dan tidak akan kembali