Wednesday, April 14, 2010

andaikan semuanya kau tahu

andai kau selami perasaan aku ini
pasti kau akan mengerti keadaan ku ketika ini
menilik nasib hari menduga waktuku
mencuit-cuit nadi naluri sendiri
seringkali aku menyalahkan diri ini walhal realitinya aku tidak tahu siapa yang menidakkan keadaan
sekiranya kau melihat aku disini
masih duduk kelukaan kepayahan menhembuskan helaian nafas senangku dahulu
kerana angkara katamu menghiris salingan menjadi perlahan
kau mungkin masih tersenyum pada harimu yang di lalui
namun aku tetap tersenyum tanpa makna
arah kian jauh mengabaikan lambaian hidup seri ini
aku tidak inignkan kau mengasihani keadaan ini
aku tidak mahukan kau meleret mata tajammu mengutuk keberadaanku
aku hanya ingin kau tahu kesengsaraan insan yang kau pernah sayangi
insan yang selama dahulu sangat mencintaimu
kini hilang kewarasan menilai masa
hilang pertimbagan pada keputusan
kulai mengigil kaku menahan peritnya hanya aku

Monday, April 12, 2010

anakmu ini mahukan kamu

aku hanya mampu mendengar sahutan kata-kata dari luar
ingin ku menjenguh tetapi waktu itu belum tiba
rasanya seakan mahu ku keluar dari kepong benuk ini
merasa terlalu terikat pada perbatasan
aku terbaca pada hati ibuku
untuk meninggalkan aku di suatu lorong atau di suatu tempat
aku tertanya-tanya adakah itu adalah rumahku?
apakah seperti yang aku duga dapat melihat mentari meniti di siang hari?
mendengar sahutan pangilan dari bondaku,ayahku..
waktu itu telah tiba,
menatiku penuh kesabaran untuk aku keluar dari kepompong lilitan ini
aku ingin sangat melihat bondaku
aku mahu mendengar suara ayahku
aku ada abangkah..ada kakak kah??
namun,
sangkaan aku meleset pada dinding kusam malam
gelapnya seakan tiada apa-apa
adakah dia bondaku?
mengapa dia tinggalkan aku merakut kesejukan di sini?
bonda!!
ibu!!
aku meraung sekuat nada..
ibu!!!
bonda!!!
adakah salahku untuk lahir di muka bumi ini?
salahkah aku untuk merasa kasih sayang yang selama ini aku idamkan?
jawablah ibu!
jawablah bonda!

Monday, April 5, 2010

selamat tinggal tirai lenaku

tersentak di tirai mimpi yang terlalu menghayatkan rasa
ingin aku lari dari mimpi yang itu untuk aku tidak melaluinya
namun kepayahan aku membuka mata ini menghalangku
aku terlihat semua cerita yang pernah aku lalui
mimpinya buruk ceritanya menyedihkan malahan menyakitkan
seperti semalam ianya datang entah hari ini ia kembali dengan episod yang baharu
mahuku tidur sudah tiada lagi
kerana tidak mahu episod ini bersambung dan terus menghantuiku
biarkanlah aku terus bangun berjaga menglalaikan diri
dari mengenjuh mimpi yang sungguh menghampakan
aku akan biarkan tirai ini usang
daripada gunanya untuk menyedih
adalah baik aku tinggalkan