Saturday, June 26, 2010

aku ingin perbetulkan

aku hairan dan aku buntu
pada setiap apa yang aku katakan
ada kala aku merasa aku mendustai
ada ketika aku memungkari
adakah aku bertopeng?
adakah aku hina?
lincah aku berkata sehingga hilang arusnya
aku mahu berbicara bahawa
aku ingin menjadikannya
segalanya akan aku lakukan
tidak masa terdekat tetapi masa singkat

Saturday, June 12, 2010

jika itu katamu,maafkan aku

terasa ngilu pada jari untuk menulis kalimat cinta
di saat waktu itu ada yang sudi meraihnya
mencuba dan berusaha tetapi terasa amat memedihkan aku merana
pada perasaaan terhiris pada cebisan noktah yang pernah tertitik pada tinta
aku khuatir jadinya sama seperti waktu yang terdahulu
memperjudikan cinta rasa menjadi mangsa
hatta mereka mula ingin menjauhkan diri
aku memohon maaf kerana tingkahku yang sebegini
kerana cukuplah sekadar kenal tetapi tidak menyelami
tiada tanda untuk aku berganjak pada tempat yang sunyi sepi ini
maafkanlah aku,
berjalanlah kehadapan masamu yang menjangkau dewasa
untuk menenui insan yang berperasaan
hari ini mungkin tidak esok siapa tahu