Sunday, February 27, 2011

percaturan hidup kita berbeda

aku juga inginkn kehidupan yang penuh dengan senyuman
tatkala mereka aku lihat senyum menjalaninya
aku menjadi tertekan dengan suasana yang aku alami
ketika saat ini juga rindu mulai menghembus harumannya
aku mahu berjumpa dengan mereka dicintai
untu mengkhabarkan tentang aku sudah tidak seperti dahulu
mungkin aku malu untuk menyatakan apa yang tersimpan tetapi realitinya

aku lihat wajah-wajah kegembiraan yang terpancar di gambar itu
lihatkan sahaja pada senyuman yang terukit sudah cukup menyatakan mereka gembira dengan apa yang mereka lakukan
mungkin barangkali mereka lebih selesa dengan itu

tetapi aku khuatir dengan diri aku,
masa mudaku tidak seperti mereka kalian
senyuman aku tidak lagi aku rasakan kemanisannya
semuanya telah hilang sebegitu sahaja
aku kira adakah ini percaturan yang aku sendiri pilih
ataupun suratan yang terlahir ini sudah termaktab pada tinta jalur kehidupan

aku hanya mampu mengeluh dan terus bersabar
aku hanya menempuh semua ini tanpa kerelaan
aku serahkan semuanya
kerana aku bukan untuk siapa lagi.
aku hilang dalam pencarian

Thursday, February 24, 2011

satu cerita sebuah berita

ada satu cerita sebuah berita
khabarnya mereka bahagia gembira di awangan kasih
aku kata "oh.iya"
lalu aku ketawa,kemudian aku senyum,selepas itu aku senyap
hanya itu aku mampu lakukan bila terdengar sebuah itu cerita
lucunya tidak juga
manisnya pun tiada juga
aku diam mahu kata apa lagi

aku bertanya dengan abang/cik tentang penama
aku temui jelas tetapi kecil
antara ya atau tidak
kau atau mereka
baiklah sahaja apa yang berlaku
aku tidak punyai hak untuk menghapuskan
aku juga tidak memiliki apa-apa selain diri aku
ya
sungguh
benar
terimalah hakikat.

kata penamat,jika kau tanya kan tentang maaf
aku bilang........
aku senyap.

Sunday, February 13, 2011

tinggalkan beban itu kawan

cukuplah sekadar aku mengelarkan kau sebagai kenangan
kerana aku tidak betah lagi untuk membicarakan segala tentang masa lalu
dalam keasyikan kita ketawa
terukir lebar senyuman di sambut dengan hilai ketawa
aku kira
kau sudah lupa apa yang terjadi waktu dahulu
usah kita cerita
sudahlah wahai sahabat karibku sahabat lamaku
bawalah dirimu menerobos masa yang tidak kita tahu apa di sana
kau tinggalkanlah beban yang kau pikul itu di kotak kenangan silam
kerana ia menyusahkan
apa yang perlu kau bawa adalah harapanmu
jika kau benar berharap,tidak akan kau merasa hambar
dongaklah wajahmu pada lapangan langit
bukan tunduk melihat bumi
sedangkan kau manusia hebat
ada kurang
ada lebih
biar kurang menjadi ingatan
biar lebih menjadi kekuatan

Thursday, February 10, 2011

aku seorang penglipur lara

aku memiliki suatu yang mungkin mereka tidak miliki
kerana aku berbeda dari mereka
begitu juga dengan kalian
kamu punyai sesuatu yang tidak aku miliki
kita berbeda di bumi yang nyata
angan atau sedar segala adalah hak diri masing-masing

hari ini dan semalam aku akan terus bercerita
tentang hal dunia yang aku selami
aku punyai cerita
aku juga pelakon pada layar lara
pentas lakonan yang penuh dengan sentika dan tawa
di pentas ini,
aku tidak memerlukan peminat
aku tidak menagih undi
untuk terus berada di sini
tetapi aku cuma mahukan kekuatan
pada luar dan dalaman diri

manuskrip transprik yang aku buat adalah kalam masa lampau
yang diolah ke dalam buku catatan hidup
takdir adalah jalan cerita
aku sebagai wataknya
sinopsisnya adalah orang sekeliling aku
yang sebenarnya,
aku ingin menjadi penglipur lara.