Monday, January 21, 2013

malam masih ada selimut dan bantal

mata kasar akan melihat pada apa yang ada asal dasarnya
namun bila kau minta aku halusi lebih halus dan lembut
aku diam dan aku sendiri buntu dengan keadaan sedemikian
sedarnya aku dan diriku sendiri tidak tahu akan apa mahunya hati
sedangkan jika aku tanya kn dengan kehendak lebih dari perasaan

hilang kelam dan gelap
aku simpan dan aku sembunyikn lebih dari apa kamu tahu
kamu tahu kerana aku beritahu
selebihnya biar aku senyap diam dan diam..
kerana itukn lebih baik
takutnya nanti menjadi takbur bukan angkara siapa
tapi mereka yang mengetahui lalu mereka mengatakan
lebih baik kita diam benar

      selimut dalam gelap membalut tubuh yang sejuk
kaku dan bergeletar tidak seteruk mana pun
setakat suam biar saja di hujung kuku
asyik saja berkata, sejukkk..
cuba diam sejenak 
kerana kalaupun sejuknya sebegitu sampai bila?
esok masih ada untuk aku fikirkn..    


bantal usang baik empuk walaupun baunya sudah berbeza
mahu aku jual tiada nilai
mahu aku lelong tiada makna
baik aku simpan dan aku tunggu sampai hancur
terima kasih kerana keselesaanku
mimpiku jua dari tarikan selesamu
tapi harapanku biarlah biar aku saja yang tahu..