Monday, November 11, 2013

sayang habibi sayang





sayang habibi sayang

kau yang memiliki keindahan kesempurnaan ada pada mataku
cukup buatku yang serba kekurangan untuk mengimpikn sebuah impian
saat waktu yang tertinggal
hanya tinggal nama
ungkapan penuh makna adalah dari sebuah perasaan yang terindah tercipta
perit untuk menerima namun hakikatnya inilah realiti sebenar
selepas hari detik ini
biarlah semua yang ini berlalu tanpa ada dendam
Redha  itu adalah segalanya
Pasrah mengiringinya
sekalipun aku miliki tangan untuk menahan
jika itu ketetapanNya
siapa pun kita,hebat mana pun kita
jadi jadilah

Air bergenang tidak mampu ku tahan
jernih berkaca menyilaukn pemandangan yang terlalu terang
rentetan itu habis semua kata,aku diam
membiarkn istighfar memujuk hati
hak tetap hak
jika itu bukan milik mu,relakan..
ia milik tuhan yang dikurniakn pada mereka punya hak
kau bukan pemilik hak,kau hanya sebagai perantaraan hak dan batil
cukup kepada Dia kau meminta
kepada Dia juga kita berserah

Aku harap semua ini tidak menjadi igauan bagiku
atas apa yg berlaku sekadar satu persingahan
datang hanya mengusik
semoga seperti yang aku harapkn

aku sendiri mampu menahan semua ini
kesayangan penuh dengan makna yang tersingkap
sambil aku menjadi ngeri
seperti mimpi seram aku kacau
sudahlah dan biarknlah


Monday, September 9, 2013

kain yang nenek bagi

kain ini nenek bagi
untuk aku pakai pada malam hari
malam ini tiada apa melainkn aku dan mereka
duduk melihat dan mendengar
aku akui aku tidak faham akan patah kata mereka
namun aku mungkin cuba memahami dari raut bicara mereka
lataran mereka bicara dan terus berkata
nenek menyelah sedikit sepatah tanda dia ikut cerita faham dan bercerita

kopiah ini atuk bagi
untuk aku pakai laksanakn solat
muat tidak muat aku tetap pakai
kerana ini dia bagi aku terima aku pakai
dia ambil paip rokoknya mengulung tembakau biar pada
sekali ketikan mancis usang itu segerombolan asap lantas menyusur
kaki dia silangkn sambil duduk melayan paip rokoknya
jauh dan tidak kelihatan renungannya
sampaikn aku bertanya pada aku, apa yg kau fikirkn atuk?

aku?
seorang cucu yg tinggal di kota 
menjadi tetamu sendiri di rumah orang tua ayahku
diam dan mencari jalan cara dan bagaimana untuk hilang rasa bosan malam ini
akibat tidak pernah balik sekali dua hanya ziarah aku kaku
inilah akibatnya
aku masuk desa jauh dari segala yg aku gapai di kota
aku masih ada atuk aku masih ada nenek
aku anak dari anak mereka
cucu dari anak mereka 
aku ambil keputusan,biar aku kenal hidup mereka ini
untuk aku tahu susah senang mereka dulu bersama ayah
mungkin sekarang mereka lebih senang kerana anak-anak mereka seperti apa yg mereka harapkn impikn dan didikkn
hanya aku mengerti dari suasana dan keadaan bersama cerita kenangan  yang mereka ceritakn

untuk apa semua ini?
semua ini untuk kita tahu dan lebih menghargai
kehidupan kasih sayang dan nilai kebahagian lebih perlu aku fahami makna syukur..

Wednesday, July 3, 2013

yang aku tahu cinta itu indah

saban hari saban waktu
ada saja cerita yang membuatkn aku lebih mengindahkn
daripada tiada menjadi sebuah ada
lebih menikmati atas apa yang sudah ada
pernah dulu jujur saja menintas semua ini
mengatakn bahawa semua tidak akan sama
walhal ternyata aku salah

yang aku tahu cinta itu indah
adanya cinta atas kesucian mewujudkn perasaan
angkaranya tidaklah aku mahu ketahui
mereka ada berkata,indah itu sementara
aku bidas mengatakn sementara itu indahnya lebih terasa
onak itu ranjaunya adalah satu kurnia
menjadikn warna dalam sebuah kehidupan

yang aku tahu cinta itu indah
kerana yang merasakn adalah aku
dari sang kurnia
kepada sang penerima
diberikn aku hanya untuk diperlihatkn akan sebuah keindahan hidup
saling perlu itu memerlukn
bukan hidup ini indah
benar bukan kita yang menentukn hanya merancang,
namun pilihan tetap ada benar.

yang aku tahu cinta itu indah


hadiah buat Neng..

hadiah dari tuhan


ku akui bukan mudahnya untuk menjalani sebuah perpisahan 
sehinggakn aku memberontak pada kesetiaan
mempersoalkn dan terus mempersoalkn 
isi dalam doaku asyik saja meminta hikmahnya

ternyata,
tuhan tidak memberikn aku kertas ada tulisanNya
dia hanya hadiahkn kau sebagai sebuah utusan
kau utusan tuhan
pengantaraan dari ilahi
tidak Dia hantar untuk memarahi aku,kerana tuhan maha kasih
tidak Dia hantar untuk memukul aku,kerana tuhan maha Pengampun
tidak jua Dia hantar untuk menghamunku,kerana tuhan maha Mencintai
Tuhan hadiahkn untuk aku berfikir
Tuhan berikn untuk aku melihat dan merasa
seperti dalam isi doaku, hikmah...
namun,
apa perlu aku lakukan?
apa harus aku perbuatkn?
apa dan bagaimana?

bila aku sedari,
Ada tulisan tuhan yang membuatkan aku tersentak untuk memikirkn.
soalnya mudah.
adakah kau tidak mensyukuri apa yang dikurniakn?
adakah kau tidak menghargai apa yang diberikan?
jika kau diberikan bukanlah untuk kau ambil kesempatan.
andai kau dikurniakn bukan untuk kau membiarkn..
jagalah,hargailah,dan bersyukurlah.


hadiah buat Neng..

Friday, June 28, 2013

cinta akan membawa kau kembali

aku tidak khuatir akan suatu kehilangan
aku tidak risau akan jangkau masa yang diambil
aku tidak akan meresahkn diriku akan ketiadaan ini

namun,

aku menjadi takut akan hilang cintamu
aku menjadi gunala akan ketiadaan rasa cintamu
aku menjadi buntu akan hilang cintamu
walau hanya seketika namun masih akan aku merasa

datanglah sayang bersama cintamu
mencait-cait semua keadaan yang merumitkn ini
acapakali sahaja aku memikirkan
aku tidak akan menyesal cuma aku sedih sahaja

cintamu
menjulang sebuah perisian rasa
membuatkn lena menjadi empuk
harian menjadi senyuman

kau boleh pergi
sejauh mana kau inginkn
kau boleh jadi
apa sahaja yang kau inginkn

tetapi

bila tiba waktu itu
akan aku bertanyakn kembali
padamu cinta yang terdahulu
itu yang aku risaukn
adakah masih ada seperti dahulu
ataupun sudah berubah
adakah masih ada untuk aku
ataupun sudah tiada

aku yakinkan diriku bahawa
cinta akan membawa kau kembali
 

Thursday, June 20, 2013

yang aku tahu cinta itu indah

saban hari saban waktu
ada saja cerita yang membuatkn aku lebih mengindahkn
daripada tiada menjadi sebuah ada
lebih menikmati atas apa yang sudah ada
pernah dulu jujur saja menintas semua ini
mengatakn bahawa semua tidak akan sama
walhal ternyata aku salah

yang aku tahu cinta itu indah
adanya cinta atas kesucian mewujudkn perasaan
angkaranya tidaklah aku mahu ketahui
mereka ada berkata,indah itu sementara
aku bidas mengatakn sementara itu indahnya lebih terasa
onak itu ranjaunya adalah satu kurnia
menjadikn warna dalam sebuah kehidupan

yang aku tahu cinta itu indah
kerana yang merasakn adalah aku
dari sang kurnia
kepada sang penerima
diberikn aku hanya untuk diperlihatkn akan sebuah keindahan hidup
saling perlu itu memerlukn
bukan hidup ini indah
benar bukan kita yang menentukn hanya merancang,
namun pilihan tetap ada benar.

yang aku tahu cinta itu indah

Monday, June 17, 2013

lirik tiada lagu

aku punya lirik yang melirik indah
ku ciptakan untukmu yang tersayang
indah ilham datang menyambut kalbu ku
penuh perasaan yang mengujakan asyik aku bacakan

namun lirik itu hanya tinggal kata
memadahkn pada bicara yang mengaitkn tentang perasaan
melodinya tiada kerana cinta itu sudah pergi