Tuesday, March 23, 2010

buat kekasihku

tesenyumlah saat kau mengingatiku
kerana aku jua masih mengingati dirimu
bersedihlah dan menangislah saat kau merinduiku
kerana aku tidak ada lagi untukmu
seperti mentari tidak diduga keberadaannya
mungkin juga seperti bintang munculnya sampai bila
saat semua kita lalui pada satu pencarian mencari bahagia
akhirnya segalanya terelrai pada sejuta kepahitan
kini,
aku tidak lagi dapat merenung mata indah yang selama ini mengindahkan hatiku
tiada lagi suara mendayu memanggil-manggil aku cayang mencariku
keiringan sudah menjadi keseorangan
aku sudah tidak mampu mencari cinta lain untuk mengganti dirimu
bagaimana aku mampu mencari cinta lain tatkala hatiku ada pada diri hilang sebegitu sahaja
mungkin pada saat kehujung pencarian pasti ada ketemuan erti rasa kita
aku mencuba wujudkan rasa kebencian kepada kau
lantaran rindu menebal disebalik benci yang aku mencuba memupuk
aku pujuk diriku,
aku mengingati diriku bahawa
aku sudah kehilangan dirimu~

Friday, March 19, 2010

tarian irama lirik dan lagu~

berdansalah lirik irama di pentas nada
menodaikan syahdu irama lagu
mempersembahkan lengokkan melodinya
untuk pengertian halwa hati
menghiburkan terapan naluri
iramanya berbeza
mengasyikkan sang pendengar
mengimbau kenangan saat berilusi
ilusinya indah ilusinya terluka
maksudnya mengingkari detik dahulu
leretannya akan terus berirama
tup! tup! tup!
secara perlahan irama terhenti
lagu bersembunyi di tiang pentas
rupanya semuanya sudah diakhiri
nantilah lirik kata yang baru~

Monday, March 8, 2010

~waktu ini~

pada detik ini aku mula mencari
satu ucapan selamat yang di nanti
aku mencari dalam terang
tetapi entah di mana jua aku mencari
sudah tiada ucapan kata
tinggal pada lembaran kenangan yang lampau
ingin sesekali aku mendengar ucapan itu
walau hanya sekali
aku merindu
aku mencari
namun,
sudah tiada pada waktu ini
tiada makna waktu ini
sudah tidak bererti semuanya
oh!
aku mencari

Friday, March 5, 2010

waktu dahulu kini dan mendatang

di sudut permatangan mencari ruang
erti kedewasaan meniti kehidupan
lantaran memikirkan tentang masa hadapan mu
aku semakin jauh
aku semakin dekat
jauhku pada waktu kecil dulu
dekatku antara dewasa dan tua
diimpian dijaja di tepian harapan
mencoretkan satu lafazan kata
mimpi akan terus diduaikan
tatkala rasa mulai terasa
oh kedewasaan ini.
aku mahukan masa hadapan baik sahaja
aku inginkan kehidupan yang indah seindah mimpi dahulu
anganku waktu kecil di mana realitinya
masa mematangkan aku
waktu mencemburui aku
aku harapkan yang baik-baik sahaja...