Monday, September 9, 2013

kain yang nenek bagi

kain ini nenek bagi
untuk aku pakai pada malam hari
malam ini tiada apa melainkn aku dan mereka
duduk melihat dan mendengar
aku akui aku tidak faham akan patah kata mereka
namun aku mungkin cuba memahami dari raut bicara mereka
lataran mereka bicara dan terus berkata
nenek menyelah sedikit sepatah tanda dia ikut cerita faham dan bercerita

kopiah ini atuk bagi
untuk aku pakai laksanakn solat
muat tidak muat aku tetap pakai
kerana ini dia bagi aku terima aku pakai
dia ambil paip rokoknya mengulung tembakau biar pada
sekali ketikan mancis usang itu segerombolan asap lantas menyusur
kaki dia silangkn sambil duduk melayan paip rokoknya
jauh dan tidak kelihatan renungannya
sampaikn aku bertanya pada aku, apa yg kau fikirkn atuk?

aku?
seorang cucu yg tinggal di kota 
menjadi tetamu sendiri di rumah orang tua ayahku
diam dan mencari jalan cara dan bagaimana untuk hilang rasa bosan malam ini
akibat tidak pernah balik sekali dua hanya ziarah aku kaku
inilah akibatnya
aku masuk desa jauh dari segala yg aku gapai di kota
aku masih ada atuk aku masih ada nenek
aku anak dari anak mereka
cucu dari anak mereka 
aku ambil keputusan,biar aku kenal hidup mereka ini
untuk aku tahu susah senang mereka dulu bersama ayah
mungkin sekarang mereka lebih senang kerana anak-anak mereka seperti apa yg mereka harapkn impikn dan didikkn
hanya aku mengerti dari suasana dan keadaan bersama cerita kenangan  yang mereka ceritakn

untuk apa semua ini?
semua ini untuk kita tahu dan lebih menghargai
kehidupan kasih sayang dan nilai kebahagian lebih perlu aku fahami makna syukur..