Saturday, December 3, 2011

bila waktu itu tiba

aku akan lebih menghargai daripada dihargai
kerana aku tiada siapa-siapa
hanya aku dan diriku menerokai dunia sendiri
tanpa disedari,

waktu itu semakin dekat...
semakin menyeramkan..
maafkan aku ibu kerana menipu...

maafkan aku ayah kerana bermuka-muka..

aku sudah tidak mampu mengatakan apa-apa
kerana ia akan datang tanpa diundang tanpa diharap
doakan aku untuk kesejahteraan akhir kelak

buat adik dan temanku,
ingat aku dalam doa
kerana antara kita terlalu jauh terlalu jauh..


jangan pernah sakiti sesiapa
kerana hidup bukan untuk menyakiti
hargai dan sayangi apa yang ada
jangan mengeluh tapi bersyukur...