Monday, August 22, 2011

aku akan menghargaimu

pada pertengahan perjalanan yang menghampiri penghujung

didengari kembali melodi-melodi lagu yang di nanti

kejarangan itulah yang selalu diingat

saat mulai merasai waktu itu tiba kami semua bergembira

sedari aku tidak sedar

waktu yang akan dilalui akan terus berlalu

meninggalkan sisa waktu yang ada

masih lagi kami membiarkan malahan lebih menyibukkan suasana

aku pula takut,

semakin aku cuba untuk mencari kekhusyukkan

aku takut akan kerugian yang tidak sepatutnya

kerana ianya hanya secuma-cuma di beri tetapi aku sombong

sebenarnya aku tidak sombong,

tidak juga tinggi diri apatah lagi ego

tetapi aku terpedaya dengan kata diri

yang memalasi sendiri

dirasuahkan dengan suasana yang semakin kemeriahan

aku terlena aku terbuai

Semoga esok akan terus kembali untuk aku

berpeluang untuk tidak menghargainya waktu yang ada

Ramadhan wahai ramadhan

aku tidak akan membiarkan kau berlalu pergi

kerana kemulian yang ada bukan untuk siapa-siapa

untuk sesiapa yang lebih menghargainya


:note mukabuku ku..

Wednesday, August 17, 2011

kita bukan seperti batu

aku yang menyoret soretan perjalanan yang sendiri aku tidak ketahui
menyesuaikan diri pada masa-masa yang ada luar dari kebiasaan
sambil-sambil itu aku menjenguh ruang dan peluang
mungkin ada diantara di sana nanti untuk aku
yang mencipta bukanlah aku
yang memberi juga bukan aku
yang dari aku adalah berusaha
mungkin ada dikalangan mereka sudah memutus asa
tapi bukan itu untuk aku

sekali aku terperangkap dalam mainan dunia,mungkin akan aku sesat
sekali aku terpedaya dengan sandiwara dunia,barangkali aku tertipu,
jika aku diberikan akan kesenangan dunia,adakah akan aku lupa??
siapa tahu dan siapa akan menduga..

kita bukan seperti ketulan batu yang dicampak,
lontar ke mana sahaja,bentuknya tetap sama..

kita adalah manusia yang sentiasa perlu mengingati dan menilai sendiri

Saturday, August 13, 2011

bukan seperti ini

kami yang selalunya merungkah semua ini
dalam keramaian ini mengutip sejuta kekuatan
sambil-sambil itu kami ceritakan perihal keberaduan yang ada
ketika sang pemimpin berkata~ya~
kami sang disuruh berkata~ya~

namun dalam ramai-ramai kami itu
aku bertanya pada diri aku
tentang apa yang aku lakukan
sedangkan mereka terus berlaung-laung
tidak aku ini Pak Turut?
si pengatur acara terus berkelana di pentas tunda itu

aku penat aku sakit
masa aku terbiar
waktu aku dibaziri
siapa mahu membayarnya?
mereka?
kau?
kalian?
belum pasti aku akan dapat setimpal dengannya
kerana dunia ini jika ditimpal,tiada yang sama

aku senyap-senyap berundur
tanpa bunyi
tanpa bau
meninggalkan tempat itu
kawasan ini
kerana aku sepatutnya bukan di sini
menuruti kata-kata mereka yang berkepentingan
lebih aku rela di arah ke pasar
untuk memilih ikan-ikan yang ada
mencemar diri pada bau-bau pasar
kerana itu sudah pasti nikmatnya lebih ada setimpal
bukan seperti ini


Monday, August 8, 2011

semakin dunia ini merumitkan kalian

saudara yang melihat saudari bukan kerana apa
kerana ketidak fahaman tentang naluri dan perasaan
mereka si saudari seharusnya lebih mahukan apa
walhal natijahnya semuanya telah dicuba dan mencuba

kalian seharusnya mengerti
zaman tidak sama sudah jauh berbeda
jika dahulu mereka kata kata aku powe ayat aku mantap
sudah cukup untuk mencairkan para-para wanita idaman
namun masa kini semua itu lapuk
mereka lagi memandang apa yang tidak kita nampak di hadapan
bukan aku menuduh tetapi inilan realiti

saudara juga kurang tidak lebih rupanya
hanya tahu bergaya mengayakan hiasan
jika ditanya tentang tanggungjawab,
lantas mereka berkata, masa belum tiba..
jika zaman dahulu-dulunya
gay tetap gah namun tetap pada tanggungjawab..benar?

apa lagi perlu dalam mencari siapa lebih layak atau sesuai
selayaknya kelayakan itu bukan yang dinilai tetapi kesanggupan lebih utama
ada layak namun tidak rela
ada rela namun tidak layak..

dunia oh dunia kerumitan kau semakin hari semakin gusar
aku takut ini bakal menimpa aku
diriku
hidupku..dan
sekelilingku..

errmm...

Sunday, August 7, 2011

sudah dan biarkan

kembali menyusun kata yang tidak pernah aku lupakan
aku melekakan waktu itu kerana aku tidak mahu ia teruskan
aku biarkan dilontarkan tohmahan yang berasaskan dendam
aku abaikan laungkan yang berbindikkan cacian
sudah dan abai
maafkan aku kalau itu memang salah aku
waktu yang terjerumus itu tidak mungkin aku singkapi
maafkan aku
maafkan aku
untuk segenap rasa yang sungguh tidak pernah membebankan aku
pada sesiapa
pada aku kau dan mereka

wahai hak,
kau aku lihat punyai keretan yang tinggal
maka,
ambillah hak itu
bukan apa kerana apa
hak itu kau punya
aku hanya pinjam
mungkin aku mencuri darimu

oh tidak kerana dendam aku begini
tidak jua kerana cacian itu aku berkira
namun aku sudah penat untuk mengiya atau menidakkan keadaan
sudah dan biarkan.