Saturday, May 18, 2013

jika sesat tanyalah langit

berlarilah dilangit bersama anganmu
sedang dunia yang fana ini semakin menyesat akal fikiranmu
kita menjadi daif pada pandangan masa depan
hanya kerana apa yang kita miliki sekarang ini

terbanglah dan terbanglah ke sana
larilah untuk sementara seketika dan sejenak
kamu tidak mampu untuk menyelesaikan waktu ini,ambillah waktu
terang tidak selamanya terang
gelap tidak akan gelita selamanya
selagimana kau yakin dan percaya,berusahalah

awan itu putih
langit itu biru
selama awan masih memutih,lihatlah ia dan nikmatilah pandangan
selagi langit jua biru,gapaiknlah imaginasi titipkn kesyukuran
setidaknya kita tidak menyesal tidak mengeluh akan kehilangan

oh langitku,
hari-hari ku seperti serimu yang melapangkan jiwa
ketika kegundahan aku tertilik masa hadapaku
kau memperlihatkan bahawa hidup bukan secerah yang aku sangka
wahai langit,
jika benar semua ini hanyalah sementara berilah ruang untuk aku disana
melakarkan sebuah tulisan
biar nanti siapa mereka yang melihatmu dapat membaca perihal kisahku
kerana dunia aku khabarkan akan keagungan hidupkunyang aku lalui

duhai kau awan,
himpuananmu membuatkan aku terpesona akan bentuknya
akan pasti tidak aku mempertikaikan apa yang terjadi
kerana yang lebih mengetahui adalah kau dan Tuhan
aku hanya seorang manusia yang melihat pada mata menilai pada hati

di lembah kialilul

di antara perbatasan sukma aku memulaikan sebuah cerita
mensyairkan dan lebarkan kata yang akan alam lebih ketahui
sedang mereka hanya pegun pada tempat yang tidak diganjakkan
hanya menyiyakan apa yang diutarakan sambil mengiramakan alunan bayu yang menyempoi suasana
asyik saja langit itu semakin tinggi aku dongakan akan terus aku tanya,
kenapa perlu wujud perasaan ini dibait-bait suasana yang sendiri kita tidak tahu?

siapa sahaja insan tuhan pasti akan ketahui apa dan kenapa perlu sebegini
walhal ini pada realiti kewarasan minda adalah semudah mencipta satu garisan yang lurus
hakikatnya tidak seperti kata mereka kamu dan kalian

kita mampu mencipta sejarah
kita mampu membuat kisah
kita pasti akan tahu akan keadaan dunia,
tapi adakah kita mampu untuk memahami keadaan itu

seakan hadir satu bayangan yang seakan memanggil untuk memberi syarat ia mencariku
namun itu hanya bisikan hati yang melahirkan gemaan detikan jiwa
lantas aku sakit di dataran sepi

dilembah kialilul,
adalah tempat untuk aku coretkn semua yang tidak aku sendiri tahu
cerita tiada titik,
berita tiada khabar..

jika pasti dan sanggup,katakan dan yakinkanlah..
andai keadaan ini sekadar untuk diuja dan diterka,
aku sudah biasa dengannya hanya perlu jujur...